Thursday, November 4, 2010

Lalang @ Padi??

...kadang kita sentiasa mengikut arus tanpa mempedulikan hak atau batil..tapi kita jarang mencari ilmu, memahaminya lalu memanfaatkannya kepada orang lain tanpa rasa gah....
maka siapakah kita?....resam lalang yang hanya mengikut arah angin atau resam padi yang makin berisi makin tunduk?..
Analogi ini sudah cukup untuk menyedarkan saya,siapakah diri ini?Bentuk rupa antara lalang atau padi itu hampir sama.Tak jauh bezanya jika dilihat dr jauh...namun peranannya dan kesannya amat jauh berbeza.
Lalang itu...kosong tiada isi,jika dibiarkan lama- lama akan menyemakkan lagi pandangan, jika dibiarkan menebal akan wujudlah haiwan yang berbisa disitu..maka,tidak ramai manusia yang mahu menghampiri semak samun itu takot di ancam bahaya..
Padi.....penuh isi dan manfaatnya..semakin penuh isinya semakin tunduk dirinya..dgn jasa dirinya jugalah ia mampu menghentikan bunyi keroncong perot manusia yang lapar,melaluinya jugalah ada manusia mendapat keuntungan,kerana dia jugalah ramai manusia berusaha keras untuk medapat sesuap dirinya..dia mampu memotivasikan ramai manusia agar cubalah memanfaatkan dan cubalah untuk mendapatkannya..
fikirkanlah....kita dikurniakan akal untuk memikirkan setiap apa ciptaan Yang Maha Agung. Begitulah juga Allah menciptakan kita sebagai manusia,rupanya semua sama,ada mata.hidung,kaki,tangan dan sebagainya..
Jika kita hanya mapu bermodalkan kecantikan dan kekacakan kita,maka binasalah hidup kerana kita hanya bergantung kepada zahir kita,bukan pada akal dan hati kita..

Jika kita hanya elok rupanya semata-mata tapi akhlaknya entah dicampak ke mana, maka manusia hanya akan memandang ketika mana tempoh kecantikan kita belum 'expired'...
Lihat sahaja artis-artis yang veteren..dahulunya kecantikan mereka dipuja,dijadikan heroin didalam filem,penghias kulit depan majalah, duta pelbagai produk kecantikan dan bermacam-macam lagi dek kerana wajahnya....

Tetapi...bila dia sudahpun tua..ada yang dilupakan terus, kalaupun diambil untuk berlakon,watak2 yang pengarah beri untuk mereka hanyalah sebagai nenek kebayan,hantu,nenek-nenek yang sakit melarat, kalaupun sebagai nenek yang kaya,mereka itu 'belum cukup tua'...

maka disinilah kita dapat lihat bagaimana jika kita hanya masyhur dengan kecantikan dan kita sendiri bangga dengan kecantikan itu,orang lain hanya memanfaatkan rupa dan tubuh badan kita...maka hendak di salahkan siapa?..Jika kita tidak memikirkan bahawa kecantikan itu adalah ujian dan pinjaman semata-mata,maka beginilah cara manusia memuja kita lalu mebuangnya...

Lalang atau padi diri ini...?

Berbeza pula dengan ulama'( perbezaan yang teramat ketara)..ketika hidupnya sebagai pemuda,mereka ligat mencari ilmu tanpa meninggalkan sedikitpun rasa tawaduk dalam hati..dan setelah sampai masanya mereka memanfaatkannya kepada yang lain,mereka merubah pembangunan ekonomi,sahsiah,pendidikan kepada yang lebih baik dan islamik untuk masyarakat mereka,negeri mereka..bahkan,sehingga sekarang mereka telahpun tua, semakin ramai pengikut-pengikut mereka,bukan sahaja di dalam negeri malah di luar negeri,bukan sahaja umat Islam malah penganut agama yang lain...jika difikirkan maka 'kuasa' apakah yang mereka guna,sehingga sebegini ketara peminat-peminatnya?Isi akal dan hati mereka tidak pernah kosong untuk diberikan kepada rakyatnya...

Mereka mengikat diri rakyat dengan hati yang beriman dan akal yang berilmu..hati yang tunduk dan 'akal' yang tinggi 'ilmunya'.Tua mereka hanya pada rupa..hati serta akalnya semakin matang,pemikirannya semakin tajam dek kerana akal dan hatinya yang sentiasa muda...Tubuhnya kian menggigil mendakianak tangga,tangannnya terketar-ketar ketika membuka kitab..namun jiwanya terlalu kental mahu menyampaikan sehingga penghujungnya usia..bagi mereka,waktu rehatnya di alam barzakh nt...MasyaAllah..maka siapakah kita?untuk menghinanya dan menidakkan perjuangannya...

Tergamak manusia, mengagungkan artis tetapi menafikan peranan ulama'..nauzubillah terjadi padaku dan kita...

Oleh itu...cukuplah saya datangkan dua karakter yang berbeza peranannya lalu cuba cermin diri kita pula,dimanakah tahap akal dan hati kita? kerana isi hatilah yang membezakan kita semua disisi Allah..sudah-sudahlah berbangga dengan rupa paras kita,tua kita nanti tak ke mana...cubalah isi hati dan akal kita dengan iman dan ilmu..agar generasi lain dapat memanfaatkannya dan pahala sentiasa mengalir kepada kita...sama-sama bermuhasabah,pesanan untuk diriku jua...

2 comments:

  1. sama2 ita jadi padi..... maken brisi maken tunduk....

    ReplyDelete
  2. pupuk sifat tawaduk tu yg susah kn?sama2 kita berusaha

    ReplyDelete