Saturday, September 3, 2011

Esok masih ada?

Kita selalu yakin kita akan bangun esok pagi..kita sentiasa yakin kita masih hidup esok pagi..siapa yang meyakinkan kita sebenarnya?..kenapa kita yakin pada perkara yang belum pasti?
..KERANA kita manusia yang sifatnya memang pelupa,perlu sentiasa diingatkan,diberi amaran..barulah saat itu kita mahu kembali pada fitrah..
Esok belum tentu masih ada untuk kita..sebelum tidur mari kita bermuhasabah..menghitung segala perbuatan kita sepanjang hari..andai ada yang kita terguris,bermujahadahlah untuk memaafkan mereka..berzikirlah..kemudian tidurlah dengan tenang..kita belum pasti celiknya esok kita di alam yg mana..

Friday, December 24, 2010

Sihat nikmat,sakit Rahmat



dalam kondisi yang tak berapa stabil..Atiqah hari ini tak menjadi mcm Atiqah yg sebelum ni..katil dibiarkan bersepah dengan buku dan novel,makanan semalam masih di meja study..lantai?bantal n selimut take over...cuaca tak menentu,badan tak sihat,campur homesick yg tak berapa kritikal....bored....kepala berat semacam...da gaya baru kena pukul kat kayu hoki...nape ni?..betul-betul rasa cam tak betul...ngee
ape yang bosannya?kan task da dapat last week..uqud maliyyah,ape-ape pn tak cari lagi..Intro Psyc?bila nak mula buat scrap book ni..kalau asyik tangguh,lagi susah nak balik umah..
Sah!!!memang kepala aku ni da tak stabil...dalam mode memujuk diri sendiri..:..Atiqah..cari another place yang boleh buat kau tenang...haa,da azan zohor..cari sejadah..tempat yang selalu berjaya menenangkan..then baca love letters from Allah..then?tidur la...Demam itu perintah Allah supaya kita berehat sebentar...semoga cepat sembuh Tiq!!rindu masakan mak..seriously:))

Thursday, November 18, 2010

Tak kan berhenti

ayah dan ibu...
aku takkan berhenti mencintai kalian sebagaimana kalian tidak pernah berhenti menabur jasa padaku
DAN....
aku juga tidak akan berhenti membenci manusia yang membenci ibu-bapaku,menzalilmi ibu-bapaku..
Tuhan...berikanlah balasan yang setimpal untuk mereka

Tuesday, November 9, 2010

Memilih yang 'terpilih'

Memilih lelaki yang rupawan semata-mata....
dikhuatiri kita akan dipermainkan dan dipersia-siakan saja.
Memilih lelaki yang hartawan semata-mata.....
dikhuatiri nanti dia membeli sahaja cinta kita dengan hartanya yang ada tanpa memikirkan soal hati kita.
Memilih lelaki yang bangsawan...
dikhuatiri dia angkuh dengan keturunannya sehingga sanggup menghina kita dan keturunan kita.

TETAPI memilih lelaki yang berpegang teguh pada agama,tinngi budinya,kental hatinya,kukuh jiwanya...dialah yang mampu memanusiakan kita...
Dialah yang bakal memimpin kita..menuntun kita ke jalan keredhaan,
dan dialah yang akan melayani kita sebagai seorang perempuan...yang halus sifatnya...
dan dia jugalah yang akan berusaha mencontohi Rasulullah..Muhammad s.a.w
Lelaki yang terpuji...yang mengangkat darjat wanita disaat bayi perempuan ditanam hidup-hidup..disaat wanita dan pelacuran menjadi budaya...disaat hak wanita dinafikan...itulah perkasanya insan mulia bernama MUHAMMAD...yang benar-benar memanusiakan manusia....

Masihkah ada lagi?................
untukmu wanita...harta,rupa,bangsawan tidak mampu melengkapi kebahagiaan yang kau impikan...harta itu bila-bila sahaja akan diuji..Allah akan mengambilnya kembali dengan apa sahaja cara yang Dia kehendaki...rupa pula akan pudar seiring usia..jangan melihat kacak rupanya,tetapi lihatlah 'kekacakan' akhlaknya...pada ibu bapanya,pada tanggungjawabnya,pada kesabarannya menghadapi kesusahan,pada pengorbanannya ke jalan kebaikan....
untukmu lelaki.bermujahadahlah mencontohi Rasulullah....'di sana' kepimpinanmu akan dipersoalkan....jangan dilebih-lebihkan isterimu sehingga sanggup kau abaikan ibu bapamu,jangan disibukkan dirimu dengan urusan dunia semata-mata sehinnga lupa pada keluargamu.....jangan kau buang 'kunci syurga' itu dengan percuma,kerana anugerahnya  terlalu mahal sehingga menjanjikan sebuah taman yang amat indah...

Thursday, November 4, 2010

Lalang @ Padi??

...kadang kita sentiasa mengikut arus tanpa mempedulikan hak atau batil..tapi kita jarang mencari ilmu, memahaminya lalu memanfaatkannya kepada orang lain tanpa rasa gah....
maka siapakah kita?....resam lalang yang hanya mengikut arah angin atau resam padi yang makin berisi makin tunduk?..
Analogi ini sudah cukup untuk menyedarkan saya,siapakah diri ini?Bentuk rupa antara lalang atau padi itu hampir sama.Tak jauh bezanya jika dilihat dr jauh...namun peranannya dan kesannya amat jauh berbeza.
Lalang itu...kosong tiada isi,jika dibiarkan lama- lama akan menyemakkan lagi pandangan, jika dibiarkan menebal akan wujudlah haiwan yang berbisa disitu..maka,tidak ramai manusia yang mahu menghampiri semak samun itu takot di ancam bahaya..
Padi.....penuh isi dan manfaatnya..semakin penuh isinya semakin tunduk dirinya..dgn jasa dirinya jugalah ia mampu menghentikan bunyi keroncong perot manusia yang lapar,melaluinya jugalah ada manusia mendapat keuntungan,kerana dia jugalah ramai manusia berusaha keras untuk medapat sesuap dirinya..dia mampu memotivasikan ramai manusia agar cubalah memanfaatkan dan cubalah untuk mendapatkannya..
fikirkanlah....kita dikurniakan akal untuk memikirkan setiap apa ciptaan Yang Maha Agung. Begitulah juga Allah menciptakan kita sebagai manusia,rupanya semua sama,ada mata.hidung,kaki,tangan dan sebagainya..
Jika kita hanya mapu bermodalkan kecantikan dan kekacakan kita,maka binasalah hidup kerana kita hanya bergantung kepada zahir kita,bukan pada akal dan hati kita..

Jika kita hanya elok rupanya semata-mata tapi akhlaknya entah dicampak ke mana, maka manusia hanya akan memandang ketika mana tempoh kecantikan kita belum 'expired'...
Lihat sahaja artis-artis yang veteren..dahulunya kecantikan mereka dipuja,dijadikan heroin didalam filem,penghias kulit depan majalah, duta pelbagai produk kecantikan dan bermacam-macam lagi dek kerana wajahnya....

Tetapi...bila dia sudahpun tua..ada yang dilupakan terus, kalaupun diambil untuk berlakon,watak2 yang pengarah beri untuk mereka hanyalah sebagai nenek kebayan,hantu,nenek-nenek yang sakit melarat, kalaupun sebagai nenek yang kaya,mereka itu 'belum cukup tua'...

maka disinilah kita dapat lihat bagaimana jika kita hanya masyhur dengan kecantikan dan kita sendiri bangga dengan kecantikan itu,orang lain hanya memanfaatkan rupa dan tubuh badan kita...maka hendak di salahkan siapa?..Jika kita tidak memikirkan bahawa kecantikan itu adalah ujian dan pinjaman semata-mata,maka beginilah cara manusia memuja kita lalu mebuangnya...

Lalang atau padi diri ini...?

Berbeza pula dengan ulama'( perbezaan yang teramat ketara)..ketika hidupnya sebagai pemuda,mereka ligat mencari ilmu tanpa meninggalkan sedikitpun rasa tawaduk dalam hati..dan setelah sampai masanya mereka memanfaatkannya kepada yang lain,mereka merubah pembangunan ekonomi,sahsiah,pendidikan kepada yang lebih baik dan islamik untuk masyarakat mereka,negeri mereka..bahkan,sehingga sekarang mereka telahpun tua, semakin ramai pengikut-pengikut mereka,bukan sahaja di dalam negeri malah di luar negeri,bukan sahaja umat Islam malah penganut agama yang lain...jika difikirkan maka 'kuasa' apakah yang mereka guna,sehingga sebegini ketara peminat-peminatnya?Isi akal dan hati mereka tidak pernah kosong untuk diberikan kepada rakyatnya...

Mereka mengikat diri rakyat dengan hati yang beriman dan akal yang berilmu..hati yang tunduk dan 'akal' yang tinggi 'ilmunya'.Tua mereka hanya pada rupa..hati serta akalnya semakin matang,pemikirannya semakin tajam dek kerana akal dan hatinya yang sentiasa muda...Tubuhnya kian menggigil mendakianak tangga,tangannnya terketar-ketar ketika membuka kitab..namun jiwanya terlalu kental mahu menyampaikan sehingga penghujungnya usia..bagi mereka,waktu rehatnya di alam barzakh nt...MasyaAllah..maka siapakah kita?untuk menghinanya dan menidakkan perjuangannya...

Tergamak manusia, mengagungkan artis tetapi menafikan peranan ulama'..nauzubillah terjadi padaku dan kita...

Oleh itu...cukuplah saya datangkan dua karakter yang berbeza peranannya lalu cuba cermin diri kita pula,dimanakah tahap akal dan hati kita? kerana isi hatilah yang membezakan kita semua disisi Allah..sudah-sudahlah berbangga dengan rupa paras kita,tua kita nanti tak ke mana...cubalah isi hati dan akal kita dengan iman dan ilmu..agar generasi lain dapat memanfaatkannya dan pahala sentiasa mengalir kepada kita...sama-sama bermuhasabah,pesanan untuk diriku jua...